Kehidupan awal Karen Pence

Pence dilahirkan sebagai Karen Sue Batten[1] di Pangkalan Tentera Udara McConnell di Kansas[2][3][4] pada 1 Januari 1957,[5] anak perempuan kepada Lillian (sebelum kahwin: Hacker; 1931–2004)[6] dan John M. Batten (1931/1932–1988), pegawai United Airlines.[7] Ibu bapanya bercerai ketika beliau masih kecil. Ibunya kemudian berkahwin dengan Bernard Barcio pada 1967.[8] Beliau dibesarkan di kejiranan Broad Ripple Village di Indianapolis, di mana beliau lulus sebagai valedictorian dari Sekolah Tinggi Bishop Chatard.[9][10] Pence mamsuki ke Universiti Butler yang berdekatan di mana beliau belajar untuk menjadi seorang guru, dan belajar di bidang seni.[11] Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (B.S.) dan Sarjana Sains (M.S.) dalam pendidikan dasar dari Universiti Butler.[12]

Rujukan

WikiPedia: Karen Pence http://www.ancestry.com/sharing/9363309?h=d3b27f http://www.cnn.com/2017/02/07/politics/karen-pence... http://www.cnn.com/2017/04/14/politics/karen-pence... http://www.cosmopolitan.com/politics/news/a62233/k... http://www.deathandtaxesmag.com/305457/karen-pence... http://www.ibtimes.com/who-karen-pence-meet-mike-p... http://www.indystar.com/story/life/2013/12/12/kare... http://www.orlandosentinel.com/news/politics/polit... http://www.therepublic.com/2016/07/14/karen-pence-... http://www.tributes.com/obituary/show/Lillian-R.-B...